Wednesday 9 November 2016

TAHNIAH SEMPENA ULANG TAHUN KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V

ALLAHUAKBAR... ALLAHUAKBAR... ALLAHUAKBAR

MERAFAK UCAPAN TAHNIAH SEMPENA ULANG TAHUN KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V


Merafakkan sembah penuh taat penuh setia, bertekad memelihara kemuliaan pemerintahan diraja Kelantan Darulnaim berteraskan Islam, memperkukuhkan tradisi negeri bersultan, raja dijunjung, rakyat disanjung; tradisi diwarisi turun temurun, agar terus subur dan segar kekal sepanjang zaman, merentas peredaran waktu merentas peralihan masa.

ISLAM DIJULANG, RAJA DIJUNJUNG, RAKYAT DISANJUNG

Semoga Tuanku dilanjutkan usia dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan ILAHI, Hidup dengan penuh kebahagiaan dan kerukunan serta dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, bersemayam di atas takhta singgahsana sebagai AmirulMukminin dengan penuh keberkatan fid-dunia wal-akhirat.

SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT


Sembah Takzim daripada:
Seluruh Warga Syarikat Nik Auto Key Sdn Bhd

No comments:

Post a Comment