Thursday 6 November 2014

Kunci tertinggal didalam tombol pintu

Mungkin ada diantara anda semua yang pernah menghadapi masalah seperti di dalam gambar. 

Antara langkah yang boleh diambil ialah,

-Bertenang dahulu. 
-Tengok jika kunci tersebut mampu dikeluarkan atau tidak.
-Jika boleh, keluarkan kunci tersebut dan gunakan kunci pendua.
-Jika tidak boleh dikeluarkan, sila gunakan cleanser untuk melicinkan permukaan dalaman. Selepas itu, sila tarik keluar sisa kunci tersebut.
-Jika masih belum berjaya, anda boleh hubungi mana-mana kedai kunci yang berdekatan. Jika anda ingin meminta pertolongan kami, sila hubungi 0179863799.
-Untuk yang ada masalah dengan tombol pintu seperti pintu rumah. Sebaiknya cuba keluarkan tombol pintu terlebih dahulu dan bawa ke kedai kunci yang berdekatan ataupun bawa ke kedai kami di Tesco Kota Bharu dan KB Mall.

p/s: jangan sesekali menendang tombol pintu. ia akan mendatangkan lebih banyak masalah.



Sunday 2 November 2014

CARA MENGGUNAKAN MESIN SALINAN KUNCI




  • Masukkan kunci asal ke dalam tempat yang disediakan dengan gigi kunci tersebut menghadap keatas
  • Masukkan kunci kosong di bahagian pemotongan dengan gigi kunci tersebut menghadap keatas.
  • Gunakan cover plastik yang disediakan untuk diletakkan diantara jarak mata dengan tempat pemotongan. Micrometer akan mengenal pasti setiap gigi kunci yang terdapat pada kunci asal. Ia secara tidak langsung akan mengawal sudut, kedalaman dan kelajuan roda gergaji semasa pemotongan dilakukan.
  • Apabila pemotongan sudah dilakukan, cabut kedua-dua anak kunci. Gunakan berus dawai yang berkelajuan tinggi untuk membuang sisa-sisa pemotongan yang masih terdapat pada anak kunci yang baru
    .
  • Letakkan anak kunci yang baru dan yang lama dan bandingkan. Kedua-dua anak kunci mestilah sama. Jika terdapat perbezaan, kunci yang baru perlu diubah suai atau membuat kembali kunci yang baru.
  • TIPS MENGELAK KECURIAN KERETA





    Kunci kenderaan anda.
      
    Jangan tinggalkan kunci dalam kenderaan anda.
      

    Jangan tinggalkan kenderaan anda dengan enjin terpasang walaupun untuk seketika sahaja. Kecurian kenderaan selalunya terjadi di kedai runcit, stesen minyak, ATM dan kawasan luar rumah apabila kenderaan dibiarkan seketika untuk melakukan tugasan ringkas atau hanya untuk membuka pintu pagar rumah.
      
    Pastikan semua tingkap kenderaan anda ditutup rapat.
      

    Jangan tinggalkan barang berharga di dalam kenderaan anda. Tetapi, jika terpaksa, letakkan barang-barang berharga di tempat yang tidak dapat dilihat atau di dalam but. Pastikan tiada sesiapa melihat anda menyimpan barang-barang berharga di dalam but kenderaan anda.
      

    Saturday 19 July 2014

    BUKAK PINTU KERETA @ CAR OPENER



    SALAM

    Syarikat gerhayu emas locksmith ada menawarkan perkhidmatan bukak pintu kereta yang terkunci didalam kereta, syarikat ini adalah pioneer di kelantan dan perkhidmatan ini adalah 24 jam seluruh negeri kelantan

    call nik mohd tarmizi ditalian 0145002814