Saturday 8 October 2016

Kisah Tukang Kunci Yang Pelik. Makin Hebat, Makin Pelanggan Tak Mahu Bayar.


Dalam analisis Encik Bukhari Ramli dari syarikat "BRC - Marketing & Business Strategist" ini, kos membuka pintu kereta bila kunci terkunci di dalam diandaikan sebanyak RM70. 

Realitinya... Kalau nak buka pintu atau bonnet kereta Mercedes bila kunci ada kat dalam dengan penuh expertise (kepakaran) tanpa sebarang kerosakan boleh mencecah RM300-RM500 bergantung kepada model kereta. Bukan senang nak buat kerja sebagai Tukang Kunci Kereta... Bukan sahaja bergantung kepada alat tetapi juga pengalaman. 

Hubungi Nik AutoKey Sdn Bhd 014-500-2814 dengan segala masalah kunci kereta anda di Kelantan dan kawasan sekitarnya. 

Harga yang terbaik untuk expertise kami. Pakar Kunci Anda.


Apa yang anda mahu dari tukang kunci?
==========
Bayangkan...
Kereta anda terkunci. Kunci tinggal di dalam.
Anda pula dalam perjalanan ke satu mesyuarat penting. Projek besar bakal milik anda kalau anda berjaya yakinkan klien. Semua dokumen penting untuk mesyuarat ada dalam kereta yang terkunci tadi.
Mesyuarat akan bermula kurang sejam lagi.
Apa yang anda akan buat?
.
.
Mungkin anda panggil tukang kunci. Sudah Google dan kebetulan ada satu yang berdekatan.
Dalam masa 10 minit, tukang kunci pun sampai.
Fikirkan: apa yang anda mahu daripada tukang kunci ini?
Sudah pasti anda mahu tukang kunci ini buka pintu kereta anda secepat mungkin. Sudah pasti anda mahu dia buka pintu kereta anda dengan kerosakan paling minima pada kereta anda. Sudah pasti anda mahu dia buka pintu kereta anda dengan mudah.
Kan?
Tapi...
Betul ke?
.
.
Apa kata kalau saya beritahu -- jauh di sudut hati anda -- sebenarnya anda mahu tukang kunci itu AMBIL MASA dan BERSUSAH PAYAH untuk buka pintu kereta anda, kalau boleh biarlah kena ketuk-ketuk sana sini dulu.
Tak percaya?
Kita cakap satu benda, sedangkan dalam kepala kita mahu satu benda yang lain.
Sambung cerita tadi...
.
.
Satu kemungkinan:
Dalam masa 30 saat, tanpa bersusah payah, tukang kunci berjaya buka pintu kereta anda.
Anda tanya: 'Berapa bos?'
'RM70,' dia jawab dengan tenang.
Ke mana hala cerita ini?
Boleh jadi...
'Mahalnya bos? You bukak senang je tadi kan? Takkan mahal sangat?'
Sekarang, jujur dengan diri sendiri: apa yang anda mahu sebenarnya?
Adakah anda lebih suka kalau tukang kunci tadi bersusah payah, berpeluh-peluh ambil masa lama dan perlu ketuk-kutuk ruang kunci kereta anda?
Adakah itu maksud anda apabila anda merungut tentang bayaran tukang kunci itu?
.
.
INGAT:
Anda dalam perjalanan ke mesyuarat penting, semua dokumen terkunci dalam kereta. Adakah anda lebih suka supaya pintu kereta dibuka lebih lambat?
Tidak!
Pastinya anda mahu pintu dibuka dengan cepat dan tanpa kerosakan pada pintu atau mekanisme kunci kereta.
NILAI yang anda mahu ialah:
+ Buka pintu secepat mungkin
+ Tanpa kerosakan
Bukankah itu yang tukang kunci itu beri?
Tapi kenapa anda tidak rasa tukang kunci itu patut diberi ganjaran berpatutan kerana beri apa yang anda mahu?
Tidakkah anda sepatutnya bayar lebih untuk tukang kunci buka pintu dengan cepat, BUKAN lebih lambat?
Tidakkah anda sepatutnya bayar lebih untuk bertahun-tahun pengalaman tukang kunci itu bersusah payah belajar dan praktis buka kunci kereta dengan mudah dan cepat?
Apa yang anda mahu sebenarnya?
.
.
Dalam cerita ini...
Mahukah anda supaya tukang kunci buka lambat-lambat dengan harapan anda tak banyak soal untuk bayar upah dia?
Mahukah anda supaya tukang kunci TIDAK BAGI APA ANDA MAHU untuk DAPAT APA DIA MAHU?
Kita mungkin keliru dengan apa yang kita perlu VS apa kita rasa kita mahu.
Jangan pelik kalau kita tidak dapat apa kita mahu. Jangan pelik kalau kita tidak dapat NILAI yang kita cari. Jangan pelik kalau pihak yang berurusan dengan kita ada conflict of interest dan tidak beri nilai yang kita mahu.
MUNGKIN kerana kita yang minta.
.
.
Poin cerita ini ialah:
1. Apa yang kita rasa kita mahu, tidak semestinya apa yang kita perlu.
Hanya kerana kita suka benda itu (tukang kunci buat kerja lambat, baru berbaloi dia dapat upah), tidak bermakna itu yang kita perlu (lambat sampai miting!)
Hanya kerana kita suka dengan satu ilmu atau cara penyampaian, tidak bermakna itu ilmu yang kita perlu.
Hanya kerana kita suka dengan sesuatu benda, tidak bermakna benda itu yang kita mahu.
.
.
2. Beri ganjaran sewajarnya kepada orang yang beri NILAI yang kita perlu.
Jangan pelik kalau kita tidak dapat apa kita PERLU, kalau kita lebih suka beri ganjaran kepada apa yang kita MAHU.
Jangan pelik ada scammer, sebab kita yang beri ganjaran untuk scammer itu wujud.
Jangan pelik kalau tiada orang baik yang jaga kepentingan kita, kalau kita sendiri tidak suka orang begini buat kerja dia.
Contoh: tukang kunci buka cepat, terpaksa bagi harga murah. Lama-lama semua tukang kunci buka lengah-lengah dan buat-buat susah. Kita pula pelik 'Kenapa tiada tukang kunci yang bagus?!?!?'
.
.
3. Untuk buat sesuatu kerja susah itu nampak mudah, sebenarnya sangat SUSAH!
Perlukan latihan, pengalaman, persediaan bertahun-tahun.
Ucapan yang nampak mudah sebenarnya telah dipraktis berpuluh-puluh kali oleh si penyampai.
Bak kata Mark Twain: 
“It usually takes me more than three weeks to prepare a good impromptu speech.”
Ambil masa lebih tiga minggu (persediaan dan latihan) untuk beri ucapan spontan (tanpa latihan dan persediaan) yang bagus. Maksudnya, nampak spontan itu hanyalah ilusi. Sebenarnya, penuh persediaan dan praktis.
.
.
==========
Apa yang anda patut buat?
==========
Dalam ilmu ekonomi, insentif ialah satu perkara penting.
Tyler Cowen cakap:
"The central concept of economics is not money but rather incentives. Quite simply, an incentive is anything that motivates human behavior, or encourages an individual to make one decision rather than another."
Insentif membentuk perilaku dan tindakan manusia.
.
.
1. Kita perlu mula bezakan apa yang kita perlu dan apa yang kita mahu.
Kedua-dua perkara ini tidak semestinya perkara yang sama.
Kedua-dua perkara ini mungkin berlawanan.
Dalam perlawanan ini:
Yang mana satu kita mahu menangkan?
.
2. Kita perlu mula beri ganjaran / insentif untuk sesuatu yang bertepatan dengan nilai yang kita perlu (tidak semestinya yang kita mahu).
Bayarlah secukupnya pada tukang kunci yang bantu kita sampai cepat ke mesyuarat penting kita.
Janganlah sampai semua pelanggan tukang kunci yang buatkan dia tidak mahu buat kerja dengan baik.
Insentif tidak terhad kepada duit. Boleh jadi sokongan moral, senyuman, galakan untuk terus buat apa mereka buat, LIKE dan SHARE, ucapan terima kasih dan sebagainya.
.
3. Kita boleh ubah dunia kalau kita mula berterima kasih dan menyokong perkara baik yang kita perlukan (tidak semestinya yang kita mahu).
Dunia boleh jadi satu tempat yang lebih baik kalau kita sama-sama menghargai perkara-perkara baik yang orang buat untuk kita.
Ramai penjual yang menjual apa kita MAHU, bukan apa kita PERLU. Dan selalunya apa yang mereka jual BERLAWANAN dengan apa kita perlu.
Kenapa?
Kerana kita yang minta mereka buat begitu. Kerana kita yang tidak mahu beri bayaran sepatutnya kepada tukang kunci yang buat kerja dengan baik.
Ramai penjual guna polisi: Jual apa pelanggan mahu, bukan apa pelanggan perlu.
Saya enggan tunduk kepada polisi sebegini. Saya optimis, pembeli boleh ubah landskap dunia jual beli kalau kita semua bersatu beli apa kita perlu.
Paling tidak, sebahagian kecil daripada market pasti intelligent enough untuk ada kesedaran ini (dan di market inilah saya mahu serve).
.
.
★★★★★★★★★★
TL;DR:
- Mahu yang terbaik? Berilah yang terbaik juga!
- Apa yang kita dapat, kita yang bertanggungjawab terhadap perkara itu
★★★★★★★★★★
.
SETUJU?
Silakan SHARE pada kawan-kawan.
---

1 comment:

  1. Aku setuju sangat2 dr awal sampai keakhir ayat..cuma rasa sedih sgt bile hasil keja kita langsung tak dibayar sesen pon,selalunya bukan org luar cth sedara mara sendiri,dorg ni kadang2 pk sedara so xpyh bayar pon xpe sedangkan kita ni pulak xsampai hati nak bukak harga sama harga luar

    ReplyDelete