Friday 12 August 2016

TIPS MEMILIH KUNCI/MANGGA RUMAH DENGAN BETUL


Kunci rumah dan mangga rumah merupakan suatu hal yang sangat penting dalam pemilihannya, kerana ianya berkait rapat dengan urusan keselamatan rumah itu sendiri. Namun ramai orang yang menganggap perkara ini hanya hal remeh temeh dan hanya perlu mengunakan kunci murah sahaja untuk pintu rumah mereka. Untuk pengguna tidak tersalah memilih kunci rumah, ada beberapa tips memilih kunci rumah:

1) Pilih produk atau kunci yang berkualiti. Anda boleh mencari info atau maklumat berkenaan dengan rakan rakan atau melalui internet tentang spesifikasi kunci yang akan dibeli . Kerana ini berkait dengan mutu produk. Sekarang banyak kunci yang spesifikasinya tidak jelas berada di pasaran. Barang tidak bermutu, dan tidak ada jaminan. Untuk mendapatkan kunci yang betul-betul baik, belilah pada penjual yang memberikan dua jaminan sekaligus iaitu produk berkualiti, dan mempunyai jaminan.

2) Jangan tertarik dengan kunci dan mangga yang murah, sekarang banyak kunci atau mangga tiruan yang berada di pasaran yang sama dengan yang asli. harganya hampir sama tetapi dari segi kualiti yang jauh berbeza

3) Pilihlah kunci yang sesuai dengan design atau jenis rumah, Sebaiknya, kita perlu mendapat maklumat dengan dengan penjual kunci sendiri. Perhatikan kesesuaian bentuk, model, dan warna kunci dengan jenis dan warna tombol pintu mahupun bentuk rumah secara keseluruhan. Perhatikan pula keadaan sekitar. contohnya kawasan Perumahan yang berdekatan pantai disarankan jangan memakai kunci yang diperbuat daripada besi, kerana akan cepat rosak akibat terkena angin yang mempunyai air laut. Jika terdapat kemusykilan tentang model kunci yang diminati, tanyalah jurujual untuk keterangan.

4) Pastikan harga kunci sesuai dengan anggaran bajet Anda. jangan membeli pada harga diluar kemampuan bajet anda. Banyak alternatif dan model kunci yang sesuai dengan rumah Anda.

Semoga bermanfaat untuk kita semua.
~PAKAR KUNCI NO.1 KELANTAN~

No comments:

Post a Comment