Sunday 2 November 2014

TIPS MENGELAK KECURIAN KERETA





Kunci kenderaan anda.
  
Jangan tinggalkan kunci dalam kenderaan anda.
  

Jangan tinggalkan kenderaan anda dengan enjin terpasang walaupun untuk seketika sahaja. Kecurian kenderaan selalunya terjadi di kedai runcit, stesen minyak, ATM dan kawasan luar rumah apabila kenderaan dibiarkan seketika untuk melakukan tugasan ringkas atau hanya untuk membuka pintu pagar rumah.
  
Pastikan semua tingkap kenderaan anda ditutup rapat.
  

Jangan tinggalkan barang berharga di dalam kenderaan anda. Tetapi, jika terpaksa, letakkan barang-barang berharga di tempat yang tidak dapat dilihat atau di dalam but. Pastikan tiada sesiapa melihat anda menyimpan barang-barang berharga di dalam but kenderaan anda.
  

No comments:

Post a Comment